ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
![]() |
| Sedih... baca Kisah Harith Darwish Yang Hembuskan Nafas Terakhir Di Pangkuan Bapanya |
Harith Darwish menghidap kanser otak tahap empat jenis Ependymoblastoma semenjak Januari 2015.
"Saya
dan isteri sudah lama bersedia dengan takdir ditentukan Ilahi dan redha
dengan pemergian Harith, meskipun lebih setahun dia 'bertahan' dengan
penyakitnya itu.
"Kami
sudah tidak sanggup melihat dia menderita melawan penyakit. Kami redha
dengan pemergiannya. Kami anggap itu yang terbaik. Dia pun tidak sabar
untuk ke syurga.
"Sejak tiga hari yang lalu, saya nampak keningnya sudah jatuh. Saya dan isteri sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Hari
ini, dia sukar bernafas. Saya baringkan dia di atas riba dan beritahu
yang saya izinkan dia pergi. Sebaik mengajarnya mengucap, dia tidak lagi
bernafas," katanya Azri.
Jenazah Harith Darwish kemudian dibawa ke Taman Rembau Utama, Rembau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan malam kelmarin.
Lapor
Harian Metro, pihak hospital pada awalnya mengesahkan jangka hayat
Harith hanya dalam beberapa minggu sahaja sejak Januari 2015. Namun
Harith mampu bertahan selama lebih setahun.
Semenjak
diserang kanser otak, fizikal dan pancaindera, 'anak syurga' itu
semakin tidak berfungsi dari hari ke hari. Sebelum pertuturannya tidak
lagi berfungsi, ayat terakhir yang sempat diucapkannya adalah,
Along nampak syurga
Kisah
Harith pernah menjadi inspirasi buat pesakit kanser yang masih
menjalani rawatan dan turut dikongsikan di laman sosial oleh netizen
Sumber : Mediahub

0 Response to "Sedih... baca Kisah Harith Darwish Yang Hembuskan Nafas Terakhir Di Pangkuan Bapanya"
Posting Komentar